Wednesday, January 30, 2013

Lemah tanpa Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak pernah aku merasa diri ini sempurna,
Sedangkan diri ini sentiasa menangis 
mengenang kekhilafan dahulu.
Mengapa mereka tidak memahami?
Perjuangan ini bukan mudah.
Namun, setiap langkahku semuanya kerana Allah
aku akui kelemahan diri
aku tahu kejahilan diri.
Astafirullahalazim :'(

Memang kehadiran aku ini membawa kebencian,
sedikit pun tiada secebis kegembiraan.
aku tahu.

Ya Allah,
Kau dekat penuh kasih sayang,
tak akan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis,
Kerana kemurahanMu
Kerana kasih sayangMu
Hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta
pada jiwa-jiwa yang rela jadi kekasihMu.

Kau berikan nikmatMu dengan kurniakan kepada aku
sahabat-sahabat yang sentiasa berserah diri kepadaMu.
Terima kasih Ya Allah.
Ya Rabb,
Mana mungkin aku menjadi MuslimahMu
andai setiap apa yang aku lakukan dibenci oleh hamba-hambaMu yang lain?
Sungguh, Aku lemah tanpa kekuatanMu 
aku rapuh tanpa kesabaranMu.
Maafkan aku Ya Allah,
Aku masih lemas dengan kealpaanku.
Prmudahkanlah segala urusanKu
Sesungguhnya aku tahu Engkau Maha Teliti atas apa yang aku kerjakan 
:'(

Kerana aku tahu dahulu
aku pernah menjadi seorang wanita,
aku pernah menjadi seorang perempuan,
Aku juga pernah menjadi seorang gadis
namun kini
biarlah aku menjadi seorang muslimah sehingga Jannah.
InsyaAllah <3
Dengan Izin Allah.

......Syukran Ukhwah fillah.....

Saturday, December 22, 2012

Biarkan aku sendiri

Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum Wahai Kesayanganku,

Dalam segenap ruang aku mengukir senyuman 
masih ada yang kurang.
Dalam hati aku merintih kesepian
masih tiada siapa yang peduli.
Dlam aku merangkak bertatih tanpa arah
masih ada jalan yang teguh
Dalam jiwa ini berderai pecah terbelah
masih ada yang menyapa.
Namun,
Kerana hati dan jiwa aku telah aku serahkan kepada Allah,
sungguh tiada satu pun perasaan kecewa sepanjang penghijrahan ini.
Malah, ramai yang membenci,
ramai yang mengejek,
ramai yang menjeling memba** buta.
Astafirullahalazim..

La Takhaf Wa La Tahzan.Innallaha ma'ana.
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih"
Sesungguhnya Allah bersama kita.


pakaian ini masih ku rasa tidak sempurna
dikala aku berjalan,
semua mata memandang.
seolah-olah pakaian aku itu salah dipakai.
tidak aku peduli.
masih aku berjalan menghadap ke tanah
bersama hati
Ya Rabb, tenguhkanlah taqwaku dan tingkatkanlah kesabaran dengan setiap ujianMu.
tiba-tiba
aku menjadi takut dengan bayang-bayang aku sendiri
takut kehadiran aku disitu membuatkan dosa kepada orang lain.
membuatkan nafsu Syahwat lelaki itu kemuncak.
Astafirullahalazim.
kekadang, aku terdiam sejenak. terfikir mengapa keindahan wajah yang Allah berikan aku tertontonkan kepada orang lain.
dengan melihat aku, hati mereka menjadi lalai.
aku takut andai jadi begitu.
Maafkan aku Ya Allah.
Berikan lah aku petunjukMu :(

Jangan tontoni kami andai kami berpakaian begini kerana kehadiran kami disitu bukan untuk dipandang. Kami cuba menjadi orang yang tidak disedari orang lain. Bantulah kami berjihad kerana Allah. Bantulah kami  supaya dalam hati kami ini tiada pun sekelumit perasaan riak,takbur dan sombong. Bantulah aku memperjuangkan wanita solehah. Amin

...Syukran Kasih Ya Ukhuwah...

Thursday, December 20, 2012

Kisah Dahulu

Bismillahirrahmanirrahimm..

Assalamualaikum Wahai Kesayanganku,

Meyh sini nak share story moory :)
Dulu, time lepak lepak dengan kawan-kawan aku lelaki dan perempuan. Al-kisah perbualan kami topik perempuan berjubah, tudung labuh dan berstoking. Mana datangnya topik ini,sebab sedang kami leka berborak lalu lah seorang gadis yang cukup manis dan dia berjubah,bertudung labuh dan mungkin sangat mementingkan kerapian dalam auratnya.

Lelaki: Eyh Emy, kau tak teringin ke nak pakai tudung ?dan bla bla bla @#$%^
Emy: Maaf lah weyh, aku tak ready lagi nak berubah berubah bagai ini. Setakat pakai tudung tapi seluar ketat, baju sendat dan tudung singkat buat apa pakai tudung. Sama je doh dosanya.
Perempuan: Aah betul tuh, bukan kami(saya dan perempuan) tak nak pakai tudung tapi belum ready lagi lahh.. Sampai masa aku pakai k?
Lelaki: @#$%^&* (He's no answer)
Emy: One thing, aku kalau nak berubah aku nak berubah terus. Tak nak lah separuh jalan. Kalau boleh aku nak berubah jadi macam tu terus.
(Sambil jari aku tunjuk kepada Si Gadis manis tadi)
Perempuan: Ye betul. Aku setuju.

The Moral of story, aku bersyukur sebenarnya sebab Allah mengabulkan doakan walaupun masa itu aku sekadar berlawak jenaka. Sungguh, apa yang kita cakap adalah satu doa :)

Percayalah, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. 
Wahai Kesayanganku Ukhti,
Teruslah berjuang. Bangkitkan Wanita Solehah. Teguhkan iman dan perjuangkan martabat perempuan. InsyaAllah, dengan izin Allah bersama-sama lah kita <3

Ya Rabb, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas pemberianMu yang tidak ternilai ini.
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma'ana
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.

...Syukran Kasih Ya Ukhwah...



Monday, November 5, 2012

Run forward to Allah

Assalamualaikum..


Ya Allah,aku adalah hambaMu yang hina. Sering terlupa akan kebesaranMu. Malah, aku tidak pula mengikut segala ajaran Mu, Nabi Muhammad saw. Ya Allah, Kau takutkan lah aku dengan azab nerakaMu supaya aku lebih banyak menangis dari ketawa. Didiklah aku. Tunjukkan jalan yang diredhai olehMu. Jlan yang benar. Jalan yang lurus. Dan janganlah pula Engkau memesongkan hati aku setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku.

Biarlah hati ini kering kontang dengan cinta manusia asalkan hati ini sentiasa subur dan tenang melihat kebesaranMu Ya Allah. Kau didiklah aku menjadi seorang muslimah yang tabah ,sabar dan bergantung pada percaturanMu. Sungguh aku yakin pada janji janji Mu. Aku pasti Engkau lah satu-satunya Kekasihku yang sentiasa berada disisi ku Ya Allah. yang menerima aku dalam keadaan senang mau sukar. Pandanglah aku Ya Allah. Balaslah cintaku ini.Sesunggunya aku hanya insan yang paling hina disisiMu. Kau angkatkan lah darjatku. Ampuni dosa dosa ku Ya Allah. Sesungguhnya Kau lah yang Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang. Subhanallah!
Innallaha ma'al sobirin
Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.

tersulam ayu kasih gadis, manis mengorak langkah berjalan,meniti sepi laluan kosong, tanpa perasaan gelora terumbang. 
Hati bermadah bersimpul sunyi,Tiada cahaya atau sinarnya, Hidup jauh terusik hati,kepada siapa tiada memberi.



Pejamkan mata kamu dan sebutlah nama Allah S.W.T 
rasailah perasaan cinta kamu kepada ALLAH dan fikirlah siapa kita disisi Allah? Adakah kita diantara orang orang yang dipandang oleh Allah?
#Subhanallah :'(


Sunday, November 4, 2012

Apa itu Awal Muharram?

Bismillahirrahmanirrahim
Apa itu Awal Muharram?

Maal Hijrah atau Awal Muharram itu merupakan awal tahun atau permulaan tahun baru bagi Takwin Islam. Ianya bermula bersempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi.

Jadi, sebagai umat Islam usah engkau meletakkan 1 januari sebagai new years atau berazam nak jadi itu nak jadi ini masing masing.
Bagus mempunyai azam itu sebab boleh membakar semangat kita.
tak mengapa.
Apa kata kalau tahun ini kita mulakan dengan azam yang baru bersama Pencipta kita?

Malah, Awal Muharram ini juga penghulu bagi bulan bulan Islam.

"Sesiapa yang berpuasa pada jumaat pertama di bulan Muharram,nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Kelebihan Hari Asyura & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram

Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata " Nabi Muhammad bersabda: Barangsiapa yang berpuasa pada Hari Assyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikay dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah dan 10,000 orang mati shayid dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang membuka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengeyangkan perut mereka".

Para Sahabat ada bertanya : "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan Hari Assyura daripada hari-hari lain". Jawab Rasulullah : "Benar!"

Hari Assyura (10 Muharram)
Allah SWT menciptakan :
  1. Diciptakan alam,langit,bintang dan sebagainya
  2. Diciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. Diciptakan lautan
  4. Diciptakan Qalam (untuk menulis amalan manusia)
  5. Diciptakan Arasy (Luh Mahfuz)
  6. Diciptakan Nabi Adam As
  7. Dimasukkan Nabi Adam As ke dalam syurga
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim As
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim As dati apai Namrud
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail As dari sembelihan
  11. Ditenggelamkan Fir'aun 
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud As
  13. Dilahirkan Nabi Isa
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus As daripada perut ikan nun setelag berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub As
  16. Diangkat Nabi Isa As ke langit
  17. Diterima Taubat Nabi Adam
  18. Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman As
  19. Diciptakan Arasy 
  20. Awal-awal hujan yang turun dari langit 
  21. Awal-awal rahmat diturukan pada 10 Muharram
  22. Diselamatkan bahtera Nuh As daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram.

Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada 29 Zulhijrah(14 november 2012) selepas  Waktu Solat Asar sebelum masuknya Waktu Maghrib.




Untuk maksud,cari disini : Doa Akhir Tahun 



Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali pada 1 Muharram 1343(15 november 2012) selepas Waktu Maghrib pada Malam pertama Awal Muharram.


Untuk maksud,cari disini :Doa Awal Tahun


Sesudah membaca itu, banyakkan beristifar dan berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad bersama niat segala puji bagi Allah, Dialah yang Maha Pengasih Lagi Maha Peyayang.

Subhanallah,Minta ampun dan maaf andai ada yang salah dan silap mengenai rujukan diatas
Masih belajar. Segala silap mohon ditegur. Amin.

Selamat Menyambut Maal Hijrah :)
Assalamualaikum...

Wednesday, October 31, 2012

Sesaat mungkin!

Walaupun sehebat mana pun kau, sekaya mana pun kau,
sekuat mana pun kau berlawan, 
secantik mana pun rupa kau,
INGAT!
yang jadikan kau begini sekarang adalah Pencipta-Mu
Allah yang Maha Esa

Sebanyak masa yang Dia berikan pada kita ini
masih tidak cukupkah untuk kita sedar bahawa hidup 
kita ini ada PenciptaNya.
Subhanallah 
ambillah masa sesaat ini untuk beristifar dalam hati dan sedar akan 
kesalahan masing masing
Astafirullahalazim

Bismillahirrahmanirahim....
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Saturday, August 11, 2012

Penghijrahan itu Pengorbanan

Assalamualaikum :)


Sukar dilafazkan dengan kata-kata
Alhamdulillah tercipta jugalah Belog baru aku yang digelar Rencana Rindu Aku
sungguh! Belog aku yang sebelum ini aku sudah deactived kerana
ada masalah yang tak dapat diselesaikan.

bila aku baca ayat kat atas itu
aku mula berfikir 
"kenapa aku perlu kejar bahagia dunia sedangkan bahagia akhirat itu aku ambil remeh je?"
mesti korang pun fikir benda yang sama kan ?
hmm sebenarnya benda yang aku buad ini sungguh menguji
kesabaran aku dan pengorbanan yang besar aku kene buat.
SERIOUSLY!

kenapa?sebaaaaaaaabbbbb
hanya niat KERANA ALLAH dan hati kita berazam
ditegaskan disini !
aku sedang belajar tentang Agama Islam
aku nak tahu pasal Islam
aku nak tambahkan Ilmu aku
sebaaaaabb
aku naaaaakkk

bila orang BUKAN ISLAM tanya pasal Islam kat aku
aku boleh jawab dan terangkan betapa indahnya Islam

dalam diam hati aku menguntum senyuman walaupun tiada pelawak didepan aku
tapi aku yakin dan pasti senyuman itu aku bahagia kerana 
aku adalah Agama Islam <3

Berhijrah kearah lebih baik adalah pengorbanan
ya PENGORBANAN !
Pengorbanan dari segi apa ?
HATI
SOLAT 
AL-QURAN
SUNNAH
AURAT
WAJIB
SUNAT

aku ikhlaskan hati aku untuk berubah kerana Allah
aku yakin solat aku diterima kerana Allah
aku cuba membaca Al-quran kerana Allah
(p/s: betulkan tajwid dan maksud2 dalam setiap ayat)
aku jujur dalam belajar Sunnah kerana Allah
aku lindungi auratku kerana Allah
aku bertatih menunaikan apa yang wajib kerana Allah
aku percaya lakukan sunat menambahkan pahala kerana Allah

bermulalah dengan lakukan apa yang wajib kita lakukan sebelum kita buat yang sunat
kerana bila kita CINTAkan apa yang wajib kita akn suka lakukan 
apa yang sunat.
lindungilah Auratmu kerana hanya itu harta yang paling sukar dijaga
bila ia mula sempurna hati kamu tenang kerana
PASTI SETIAP AMALANMU AKAN DITERIMA 
insyaAllah <3

Assalamualaikum :) Jangan Copy Ini okay?