Saturday, December 22, 2012

Biarkan aku sendiri

Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum Wahai Kesayanganku,

Dalam segenap ruang aku mengukir senyuman 
masih ada yang kurang.
Dalam hati aku merintih kesepian
masih tiada siapa yang peduli.
Dlam aku merangkak bertatih tanpa arah
masih ada jalan yang teguh
Dalam jiwa ini berderai pecah terbelah
masih ada yang menyapa.
Namun,
Kerana hati dan jiwa aku telah aku serahkan kepada Allah,
sungguh tiada satu pun perasaan kecewa sepanjang penghijrahan ini.
Malah, ramai yang membenci,
ramai yang mengejek,
ramai yang menjeling memba** buta.
Astafirullahalazim..

La Takhaf Wa La Tahzan.Innallaha ma'ana.
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih"
Sesungguhnya Allah bersama kita.


pakaian ini masih ku rasa tidak sempurna
dikala aku berjalan,
semua mata memandang.
seolah-olah pakaian aku itu salah dipakai.
tidak aku peduli.
masih aku berjalan menghadap ke tanah
bersama hati
Ya Rabb, tenguhkanlah taqwaku dan tingkatkanlah kesabaran dengan setiap ujianMu.
tiba-tiba
aku menjadi takut dengan bayang-bayang aku sendiri
takut kehadiran aku disitu membuatkan dosa kepada orang lain.
membuatkan nafsu Syahwat lelaki itu kemuncak.
Astafirullahalazim.
kekadang, aku terdiam sejenak. terfikir mengapa keindahan wajah yang Allah berikan aku tertontonkan kepada orang lain.
dengan melihat aku, hati mereka menjadi lalai.
aku takut andai jadi begitu.
Maafkan aku Ya Allah.
Berikan lah aku petunjukMu :(

Jangan tontoni kami andai kami berpakaian begini kerana kehadiran kami disitu bukan untuk dipandang. Kami cuba menjadi orang yang tidak disedari orang lain. Bantulah kami berjihad kerana Allah. Bantulah kami  supaya dalam hati kami ini tiada pun sekelumit perasaan riak,takbur dan sombong. Bantulah aku memperjuangkan wanita solehah. Amin

...Syukran Kasih Ya Ukhuwah...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum :) Jangan Copy Ini okay?