Wednesday, January 30, 2013

Lemah tanpa Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak pernah aku merasa diri ini sempurna,
Sedangkan diri ini sentiasa menangis 
mengenang kekhilafan dahulu.
Mengapa mereka tidak memahami?
Perjuangan ini bukan mudah.
Namun, setiap langkahku semuanya kerana Allah
aku akui kelemahan diri
aku tahu kejahilan diri.
Astafirullahalazim :'(

Memang kehadiran aku ini membawa kebencian,
sedikit pun tiada secebis kegembiraan.
aku tahu.

Ya Allah,
Kau dekat penuh kasih sayang,
tak akan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis,
Kerana kemurahanMu
Kerana kasih sayangMu
Hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta
pada jiwa-jiwa yang rela jadi kekasihMu.

Kau berikan nikmatMu dengan kurniakan kepada aku
sahabat-sahabat yang sentiasa berserah diri kepadaMu.
Terima kasih Ya Allah.
Ya Rabb,
Mana mungkin aku menjadi MuslimahMu
andai setiap apa yang aku lakukan dibenci oleh hamba-hambaMu yang lain?
Sungguh, Aku lemah tanpa kekuatanMu 
aku rapuh tanpa kesabaranMu.
Maafkan aku Ya Allah,
Aku masih lemas dengan kealpaanku.
Prmudahkanlah segala urusanKu
Sesungguhnya aku tahu Engkau Maha Teliti atas apa yang aku kerjakan 
:'(

Kerana aku tahu dahulu
aku pernah menjadi seorang wanita,
aku pernah menjadi seorang perempuan,
Aku juga pernah menjadi seorang gadis
namun kini
biarlah aku menjadi seorang muslimah sehingga Jannah.
InsyaAllah <3
Dengan Izin Allah.

......Syukran Ukhwah fillah.....

1 comment:

  1. mcm mana nak follow? boleh x sajak di atas di lagukan?

    ReplyDelete

Assalamualaikum :) Jangan Copy Ini okay?