Saturday, December 22, 2012

Biarkan aku sendiri

Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum Wahai Kesayanganku,

Dalam segenap ruang aku mengukir senyuman 
masih ada yang kurang.
Dalam hati aku merintih kesepian
masih tiada siapa yang peduli.
Dlam aku merangkak bertatih tanpa arah
masih ada jalan yang teguh
Dalam jiwa ini berderai pecah terbelah
masih ada yang menyapa.
Namun,
Kerana hati dan jiwa aku telah aku serahkan kepada Allah,
sungguh tiada satu pun perasaan kecewa sepanjang penghijrahan ini.
Malah, ramai yang membenci,
ramai yang mengejek,
ramai yang menjeling memba** buta.
Astafirullahalazim..

La Takhaf Wa La Tahzan.Innallaha ma'ana.
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih"
Sesungguhnya Allah bersama kita.


pakaian ini masih ku rasa tidak sempurna
dikala aku berjalan,
semua mata memandang.
seolah-olah pakaian aku itu salah dipakai.
tidak aku peduli.
masih aku berjalan menghadap ke tanah
bersama hati
Ya Rabb, tenguhkanlah taqwaku dan tingkatkanlah kesabaran dengan setiap ujianMu.
tiba-tiba
aku menjadi takut dengan bayang-bayang aku sendiri
takut kehadiran aku disitu membuatkan dosa kepada orang lain.
membuatkan nafsu Syahwat lelaki itu kemuncak.
Astafirullahalazim.
kekadang, aku terdiam sejenak. terfikir mengapa keindahan wajah yang Allah berikan aku tertontonkan kepada orang lain.
dengan melihat aku, hati mereka menjadi lalai.
aku takut andai jadi begitu.
Maafkan aku Ya Allah.
Berikan lah aku petunjukMu :(

Jangan tontoni kami andai kami berpakaian begini kerana kehadiran kami disitu bukan untuk dipandang. Kami cuba menjadi orang yang tidak disedari orang lain. Bantulah kami berjihad kerana Allah. Bantulah kami  supaya dalam hati kami ini tiada pun sekelumit perasaan riak,takbur dan sombong. Bantulah aku memperjuangkan wanita solehah. Amin

...Syukran Kasih Ya Ukhuwah...

Thursday, December 20, 2012

Kisah Dahulu

Bismillahirrahmanirrahimm..

Assalamualaikum Wahai Kesayanganku,

Meyh sini nak share story moory :)
Dulu, time lepak lepak dengan kawan-kawan aku lelaki dan perempuan. Al-kisah perbualan kami topik perempuan berjubah, tudung labuh dan berstoking. Mana datangnya topik ini,sebab sedang kami leka berborak lalu lah seorang gadis yang cukup manis dan dia berjubah,bertudung labuh dan mungkin sangat mementingkan kerapian dalam auratnya.

Lelaki: Eyh Emy, kau tak teringin ke nak pakai tudung ?dan bla bla bla @#$%^
Emy: Maaf lah weyh, aku tak ready lagi nak berubah berubah bagai ini. Setakat pakai tudung tapi seluar ketat, baju sendat dan tudung singkat buat apa pakai tudung. Sama je doh dosanya.
Perempuan: Aah betul tuh, bukan kami(saya dan perempuan) tak nak pakai tudung tapi belum ready lagi lahh.. Sampai masa aku pakai k?
Lelaki: @#$%^&* (He's no answer)
Emy: One thing, aku kalau nak berubah aku nak berubah terus. Tak nak lah separuh jalan. Kalau boleh aku nak berubah jadi macam tu terus.
(Sambil jari aku tunjuk kepada Si Gadis manis tadi)
Perempuan: Ye betul. Aku setuju.

The Moral of story, aku bersyukur sebenarnya sebab Allah mengabulkan doakan walaupun masa itu aku sekadar berlawak jenaka. Sungguh, apa yang kita cakap adalah satu doa :)

Percayalah, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. 
Wahai Kesayanganku Ukhti,
Teruslah berjuang. Bangkitkan Wanita Solehah. Teguhkan iman dan perjuangkan martabat perempuan. InsyaAllah, dengan izin Allah bersama-sama lah kita <3

Ya Rabb, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas pemberianMu yang tidak ternilai ini.
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma'ana
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.

...Syukran Kasih Ya Ukhwah...



Assalamualaikum :) Jangan Copy Ini okay?