Monday, November 5, 2012

Run forward to Allah

Assalamualaikum..


Ya Allah,aku adalah hambaMu yang hina. Sering terlupa akan kebesaranMu. Malah, aku tidak pula mengikut segala ajaran Mu, Nabi Muhammad saw. Ya Allah, Kau takutkan lah aku dengan azab nerakaMu supaya aku lebih banyak menangis dari ketawa. Didiklah aku. Tunjukkan jalan yang diredhai olehMu. Jlan yang benar. Jalan yang lurus. Dan janganlah pula Engkau memesongkan hati aku setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku.

Biarlah hati ini kering kontang dengan cinta manusia asalkan hati ini sentiasa subur dan tenang melihat kebesaranMu Ya Allah. Kau didiklah aku menjadi seorang muslimah yang tabah ,sabar dan bergantung pada percaturanMu. Sungguh aku yakin pada janji janji Mu. Aku pasti Engkau lah satu-satunya Kekasihku yang sentiasa berada disisi ku Ya Allah. yang menerima aku dalam keadaan senang mau sukar. Pandanglah aku Ya Allah. Balaslah cintaku ini.Sesunggunya aku hanya insan yang paling hina disisiMu. Kau angkatkan lah darjatku. Ampuni dosa dosa ku Ya Allah. Sesungguhnya Kau lah yang Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang. Subhanallah!
Innallaha ma'al sobirin
Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.

tersulam ayu kasih gadis, manis mengorak langkah berjalan,meniti sepi laluan kosong, tanpa perasaan gelora terumbang. 
Hati bermadah bersimpul sunyi,Tiada cahaya atau sinarnya, Hidup jauh terusik hati,kepada siapa tiada memberi.



Pejamkan mata kamu dan sebutlah nama Allah S.W.T 
rasailah perasaan cinta kamu kepada ALLAH dan fikirlah siapa kita disisi Allah? Adakah kita diantara orang orang yang dipandang oleh Allah?
#Subhanallah :'(


Sunday, November 4, 2012

Apa itu Awal Muharram?

Bismillahirrahmanirrahim
Apa itu Awal Muharram?

Maal Hijrah atau Awal Muharram itu merupakan awal tahun atau permulaan tahun baru bagi Takwin Islam. Ianya bermula bersempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi.

Jadi, sebagai umat Islam usah engkau meletakkan 1 januari sebagai new years atau berazam nak jadi itu nak jadi ini masing masing.
Bagus mempunyai azam itu sebab boleh membakar semangat kita.
tak mengapa.
Apa kata kalau tahun ini kita mulakan dengan azam yang baru bersama Pencipta kita?

Malah, Awal Muharram ini juga penghulu bagi bulan bulan Islam.

"Sesiapa yang berpuasa pada jumaat pertama di bulan Muharram,nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Kelebihan Hari Asyura & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram

Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata " Nabi Muhammad bersabda: Barangsiapa yang berpuasa pada Hari Assyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikay dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah dan 10,000 orang mati shayid dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang membuka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengeyangkan perut mereka".

Para Sahabat ada bertanya : "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan Hari Assyura daripada hari-hari lain". Jawab Rasulullah : "Benar!"

Hari Assyura (10 Muharram)
Allah SWT menciptakan :
  1. Diciptakan alam,langit,bintang dan sebagainya
  2. Diciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. Diciptakan lautan
  4. Diciptakan Qalam (untuk menulis amalan manusia)
  5. Diciptakan Arasy (Luh Mahfuz)
  6. Diciptakan Nabi Adam As
  7. Dimasukkan Nabi Adam As ke dalam syurga
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim As
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim As dati apai Namrud
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail As dari sembelihan
  11. Ditenggelamkan Fir'aun 
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud As
  13. Dilahirkan Nabi Isa
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus As daripada perut ikan nun setelag berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub As
  16. Diangkat Nabi Isa As ke langit
  17. Diterima Taubat Nabi Adam
  18. Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman As
  19. Diciptakan Arasy 
  20. Awal-awal hujan yang turun dari langit 
  21. Awal-awal rahmat diturukan pada 10 Muharram
  22. Diselamatkan bahtera Nuh As daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram.

Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada 29 Zulhijrah(14 november 2012) selepas  Waktu Solat Asar sebelum masuknya Waktu Maghrib.




Untuk maksud,cari disini : Doa Akhir Tahun 



Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali pada 1 Muharram 1343(15 november 2012) selepas Waktu Maghrib pada Malam pertama Awal Muharram.


Untuk maksud,cari disini :Doa Awal Tahun


Sesudah membaca itu, banyakkan beristifar dan berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad bersama niat segala puji bagi Allah, Dialah yang Maha Pengasih Lagi Maha Peyayang.

Subhanallah,Minta ampun dan maaf andai ada yang salah dan silap mengenai rujukan diatas
Masih belajar. Segala silap mohon ditegur. Amin.

Selamat Menyambut Maal Hijrah :)
Assalamualaikum...
Assalamualaikum :) Jangan Copy Ini okay?